My Member

Tuesday 19 April 2011

Jom Belajo Bahasa Perak....~

Seperti yang kita semua dah sedia maklum, negara kita telah dilanda satu gelombang recently. Nak suspen pun dah tak boleh sebab korang dah tengok title kat atas. Betul tu, berkat penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan brader Mamat Khalid, semua orang kini mula bercakap seperti orang Perak. Ditambah pula dengan populariti saudara Usop Wilcha yang famous dengan trademark ~ kite bakor je ~, bahasa orang Perak kini mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tempias gelombang ini boleh dirasai sehingga ke Pantai Timur tu. Macam dahsyat je bunyinya. Sejajar dengan itu, aku dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin share kat korang sedikit sebanyak bahasa Perak yang aku tahu. Selamat mencuba ya. Macam resipi je gaya.






Untuk Gantinama:

teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk
Enda = panggilan ibu yang biasa dipanggil oleh anak-anak di Perak.....tak semua
Tok Enda = panggilan nenek





Kebanyakan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kuching = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin


kebanyakan akhiran IR diganti dengan IO, AR diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir =pikio
pasir =pashio
putar = puto..........ada ungkapan orang marah.....puto dek hawa taun lah kamu..makna nya biar kamu       kena taun
kikir=kikio
cicir = cicio
kafir=kapio
lendir lendio
hanyir= hanyio
bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu
kedapatan pada dubur kanak kanak

biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

bakar=bako
belukar=beluko
tikar =tiko
seluar=seluo
ular =ulo
sambar=sambo
selimbar selimbo
takar=tako
besar=beso.........itu chik beso maknanya encik besar..panggilan kepada abang sulong dalam sesetengah keluarga di Perak (mungkin tak semua mengamal nya) anak-anak saudara pula akan memanggil Ayah Beso.

chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai ). itu yang ada nama kampong Chego Galah (Chegar Galah) di Kuala Kangsar penempatan keluarga sadah di Hulu Perak selain di sebelah hilirnya di kampung Pulau Pisang di daerah Parit.

zikir = jikio



PERKATAAN  LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
belontok = macamikan haruan berbintik cokelat
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk cth orang marah..cabuk le kaki kamu.....makna nya kaki kamu tu berkudis teruk
tumpo = mati (bahasa kasar)

pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat cth budak ni jahat bebeno
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas.....cth aku piat telinga tu karang.
petia = perhati
bedek(membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduk
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya dibuat dari batang balak.
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer...
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya
jawabnya tinggei kekodak tong aje.......

ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti.......pada hujan
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme
akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap
kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah
ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur
dengan bedak atau arang tapi no hard feeling kerana ini seronok-seronok dan tuan rumah yang
menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan
di kampung-kampung pedalaman.

melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
R yang diawal atau tengah perkataaan diganti dengan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan mat saleh oleh orang tetue di perakkan
bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit
1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
setersnya hingga
90 sen =sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = seringgit
RM1.25 = seringgit suku
RM1.50 = tenghah dua ringgit




Sekian sahaja pelajaran kita untuk hari ini. Jangan lupa untuk amalkan kerana orang putih pernah berpesan bahawa practice make perfect.Jumpa lagi bila-bila masa.




p/s : Sumber daripada orang-orang Perak. Kalau deme ni menipu, kome pun kene tipu le gamoknye....


No comments:

Post a Comment