My Member

Wednesday 27 April 2011

~iPAD 2~ BoLeh TaHan

Ketika berkunjung ke PC Show di Dewan Majlis Perbandaran Taiping ahad lalu, Seorang Cina telah melelong Ipad 2. Dengan lelongan bermula dari harga seringgit, ramai yang jadi rambang mata. Mujurlah aku tau tu taktik cina tu je. Maka terselamatlah aku daripada menjadi mangsa Ipad 2 seringgit tersebut. Namun, Ipad 2 smart kot. Marilah kita sama-sama melihat keistimewaannya.LAYANZZzz...
iPad 2 yang ditunggu-tunggu baru sahaja dilancarkan. Apa pendapat aku tentang iPad 2? Beli. Kalau dah lama merancang nak beli iPad dan ada bajet, maka iPad 2 adalah yang paling sesuai. Kenapa? Baca bawah ni. Banyak kelebihan iPad 2 berbanding iPad versi pertama pada harga yang sama.





iPad 2: Dua Kamera




Ada kamera depan dan kamera belakang. Walaupun aku kurang bersetuju, tapi 2 adalah lebih baik daripada satu kan?

iPad 2: Processor A5




Processor A5 (dual core) yang mempunyai 2 kali ganda kuasa pemprosesan dan 9 kali ganda lebih laju untuk memproses grafik. Kerja video editing boleh dilakukan dengan iPad 2.

iPad 2: Bateri Tahan Lebih Lama




Bateri iPad 2 tahan sehingga 10 jam penggunaan dan lebih daripada sebulan dalam stand-by mode.

iPad 2: Harga Dikekalkan




Macam biasa produk Apple tak akan atau jarang naik harga kalau keluar version baru. iPad 2 tidak terkecuali.

iPad 2: Putih & Hitam




Kini anda boleh memilih samada untuk mahukan iPad yang berwarna putih atau hitam.

Tuesday 26 April 2011

Petua Kasi Kecik Perut...

Kepada sesiapa yang mengalami masalah perut besar, anda telah tiba di blog yang sepatutnya. Mempersembahkan petua terbaru untuk mengecilkan perut anda. LAYANZZzz... Tips MengecilkanPerut :

1.Bangun pagi-pagi..
2.Berdiri tegak. Tundukkan kepala, pandang ke perut..
3.Bongkok kan badan..
4.Buka baju..(kalau pakau baju la)
5.Lalu tampar perut berulang-ulang, sambil cakap :
"Buat Malu.. Buat Malu.. Buat Malu...!!"”

Thursday 21 April 2011

Jom Belajar Buat Pizza

Selamat bertemu kembali. Aku baru sahaja selesai menonton siri Masterchef Us yang disiarkan di Astro Starworld. Aku tengok yang season first je and memang terkejut bila student yg baru umur 22 tahun boleh menang gelaran first Masterchef. Dia beat banyak makcik-makcik tu. Kalau tengok episod finale, dia punya masakan tu jatuh masa time left tinggal lagi sepuluh minit je kot. Tapi mungkin rezeki dia sebab dia berjaya gak masak ayam dalam masa tujuh minit(masak semasak-masaknya) sehingga membuatkan para judge pun tercengang. Oleh itu, mengambil semangat Masterchef, aku nak belajar masak gak. Dan inilah dia, resipi pertama aku untuk tahun ini. LAYANNNNZ....


PIZZA

Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera

Bahan-bahan topping :

Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.


Susah gak sebenarnya nak buat pizza. Resipi kat atas sebenarnya belum habis kot. Kena buat sosnya lagi. Jadi aku pun membuat keputusan untuk order di Pizza Hut yang berdekatan. Sememangnya pilihan yang tepat.




p/s : kenapa pizza lagi mahal daripada nasi lemak...?

Tuesday 19 April 2011

CARA TENGOK ASTRO MUSTIKA SECARA FREE

Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Aku ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma. Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JADI KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari FACEBOOK. Masa tengah boring-boring, seorang hamba Allah telah post cara ni ke dalam satu secret group yang tak la secret sangat. Aku pun rasa terpanggil la untuk berkongsi dengan korang semua step-step yang sungguh brilliant ini. Aku sendiri dah try dan hasilnya memang menggalakkan.


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan....

Jom Belajo Bahasa Perak....~

Seperti yang kita semua dah sedia maklum, negara kita telah dilanda satu gelombang recently. Nak suspen pun dah tak boleh sebab korang dah tengok title kat atas. Betul tu, berkat penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan brader Mamat Khalid, semua orang kini mula bercakap seperti orang Perak. Ditambah pula dengan populariti saudara Usop Wilcha yang famous dengan trademark ~ kite bakor je ~, bahasa orang Perak kini mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tempias gelombang ini boleh dirasai sehingga ke Pantai Timur tu. Macam dahsyat je bunyinya. Sejajar dengan itu, aku dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin share kat korang sedikit sebanyak bahasa Perak yang aku tahu. Selamat mencuba ya. Macam resipi je gaya.






Untuk Gantinama:

teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk
Enda = panggilan ibu yang biasa dipanggil oleh anak-anak di Perak.....tak semua
Tok Enda = panggilan nenek





Kebanyakan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kuching = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin


kebanyakan akhiran IR diganti dengan IO, AR diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir =pikio
pasir =pashio
putar = puto..........ada ungkapan orang marah.....puto dek hawa taun lah kamu..makna nya biar kamu       kena taun
kikir=kikio
cicir = cicio
kafir=kapio
lendir lendio
hanyir= hanyio
bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu
kedapatan pada dubur kanak kanak

biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

bakar=bako
belukar=beluko
tikar =tiko
seluar=seluo
ular =ulo
sambar=sambo
selimbar selimbo
takar=tako
besar=beso.........itu chik beso maknanya encik besar..panggilan kepada abang sulong dalam sesetengah keluarga di Perak (mungkin tak semua mengamal nya) anak-anak saudara pula akan memanggil Ayah Beso.

chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai ). itu yang ada nama kampong Chego Galah (Chegar Galah) di Kuala Kangsar penempatan keluarga sadah di Hulu Perak selain di sebelah hilirnya di kampung Pulau Pisang di daerah Parit.

zikir = jikio



PERKATAAN  LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
belontok = macamikan haruan berbintik cokelat
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk cth orang marah..cabuk le kaki kamu.....makna nya kaki kamu tu berkudis teruk
tumpo = mati (bahasa kasar)

pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat cth budak ni jahat bebeno
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas.....cth aku piat telinga tu karang.
petia = perhati
bedek(membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduk
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya dibuat dari batang balak.
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer...
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya
jawabnya tinggei kekodak tong aje.......

ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti.......pada hujan
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme
akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap
kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah
ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur
dengan bedak atau arang tapi no hard feeling kerana ini seronok-seronok dan tuan rumah yang
menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan
di kampung-kampung pedalaman.

melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
R yang diawal atau tengah perkataaan diganti dengan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan mat saleh oleh orang tetue di perakkan
bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit
1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
setersnya hingga
90 sen =sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = seringgit
RM1.25 = seringgit suku
RM1.50 = tenghah dua ringgit




Sekian sahaja pelajaran kita untuk hari ini. Jangan lupa untuk amalkan kerana orang putih pernah berpesan bahawa practice make perfect.Jumpa lagi bila-bila masa.




p/s : Sumber daripada orang-orang Perak. Kalau deme ni menipu, kome pun kene tipu le gamoknye....


Sunday 17 April 2011

Movie review untuk today... ~ Scott Pilgrim vs. The World ~

Aku memang kaki download movie. Boleh dikatakan setiap hari aku akan usha satu movie baru. Sejak mula dijinakkan dengan benda ini sekitar tahun lepas, aku dah jadi expert punya master dalam arena mendownload ini.Terima kasih kepada kawan-kawan yang berjasa tersebut. Jasamu dikenang sehinggalah aku terlupa. Berbalik kepada perkara pokok tadi, memandangkan aku mula terpengaruh dengan ayat sharing is caring, aku dengan berbesar hatinya akan mengajak korang-korang semua untuk masuk ke alam movie-movie paling superb best yang pernah aku tengok setakat ini. Mana la tahu korang semua boleh share hobi ini sekali dengan aku. LAYANZZZZ....




Director dia ialah saudara EdgarWright yang telah membawakan aku cerita-cerita A-Level seperti Shaun of the Dead dan Hot Fuzz. Lead actor dia, Michael Cera memang aku tabik spring constant. Watak dia kali ni tak macam selalu yakni bodoh-bodoh alang gitu. Kali ni dia jadi smart ass yang ada history jadi girl's heartbreaker pula. Pelakon lain pula termasuklah Alison Pill, Anna Kendrick, Kieran Culkin, Aubrey Plaza, Jason Schwartzman, Brandon Routh, dan Chris Evans. Jujurnya, aku tak kenal sangat pun yang lain-lain ni. Saja je aku masukkan nak bagi gempak sikit.


Cerita ni mengisahkan tentang Scott Pilgrim, pemain bass berusia 22 tahun untuk local band kat Toronto dan tengah syok dating dengan seorang high scool girl bernama Knives. Scott ni stay dengan seorang roomate yang gay bernama Wallace. Story dia memang biasa sampai la die jumpa dengan Ramona Flowers, yang first time dia jumpa sebenarnya kat dalam mimpi. Mamat Scott ni pun fall in love la kononnya lantas berusahalah dia mendapatkan Ramona. Macam love story yang pelik habis sehinggalah Scott dapat tau dia kena lawan dan defeat tujuh Ramona punya exes (bekas boyfie la). Gideon, ex yang paling latest ni telah menubuhkan league of evil exes dalam usaha untuk membunuh Scott dan memenangi kembali hati Ramona. Bermulalah epik battle mereka ini dan entah macam mana Scott dan exes ini menggunakan power-power yang lawak belaka (mentang-mentang la adaptasi komik). Setiap kali exes berjaya dikalahkan, Scott akan obtain power coin (sumpah sebijik macam game atari dulu-dulu) yang boleh bagi dia jadi kuat lagi. Paling aku tak tahan siap ada extra life lagi kot.




Ok, cerita Scott Pilgrim Vs. The World ini bolehlah aku klasifikasikan sebagai lain daripada yang lain. Lagi pelik daripada apa yang aku tulis kot. First time tengok, aku terfikir juga menatang apa yang aku tengok ni. Tapi makin tengok makin layan pulak. Memang original artistic. Efek komikal pun tersangat la mengancam. Aku boleh jamin la tiada cerita lain yang sama ini macam punya best. Cerita ini memang aku rekemen HUNDRED PERCENT. Kalau ada masa tu layan-layan la ye. Sekian sahaja daripada saya, melaporkan dari sofa yang empuk ini. Jumpa lagi bila-bila masa.



                                                              THE MOVIE POSTER




                                                                  THE EVIL BOSS



                                                 Scott, Ramona, Knives and the band.....

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang menjumpai blog ini, ini bukanlah buku laporan guru bertugas kerana ini adalah blog.Oleh kerana aku tak mampu beli diari, aku tulis sahaja dalam blog ini. Blog aku mungkin agak skema tapi ini merupakan trend yang sedang popular sejak akhir-akhir ini. Jadi apa yang aku mahu beritahu adalah kalau nak baca, bacalah secara senyap tanpa mengeluarkan bunyi seperti ketawa. Sekian sahaja entry pada kali ini, jumpa lagi bila-bila masa...


p/s : mempersembahkan bahan rujukan aku... JengjengJeng...